Rujuk Jadual:
Cara pengiraannya ialah :
Contoh 1: anda berumur 22 dan mempunyai RM12k di simpanan akaun 1, jadi;
Simpanan Akaun 1 : RM12k
-(RM5k) Rujuk jadual umur 22
Baki ialah : RM7000x20%
Jumlah: RM1400
Jadi anda bleh kuarkan Rm1400 ni untuk melabur dalam Public Mutual menggunakan EPF..
Jika tidak pasti cara pengiraan, sila email kepada kami umur dan jumlah baki dalam akaun 1 anda. InsyaAllah kami boleh tolong kirakan. Anda juga boleh click di sini bagi menggunakan online calculator yang disediakan oleh website EPF.
Seperti pelaburan tunai, pelaburan melalui dana KWSP juga boleh diswitchkan dengan cara penyerahan borang, malah boleh juga melalui public mutual online.
Perbezaan dalam borang yang perlu diisi ialah bagi EPF, ia memerlukan cap ibu jari kanan dan kiri di borang dan juga di salinan kad pengenalan. Di bawah adalah video ringkas menunjukkan bagaimana cara membuat cap ibu jari yang betul agar borang tersebut tidak ditolak oleh pihak KSWP.
Secara keseluruhan, proses untuk melabur melalui KWSP tidak banyak bezanya dengan pelaburan tunai. Berikut ialah beberapa langkah mudah:
1. Kami akan membantu mengisi semua borang tersebut dan pos kepada anda untuk ditandatangani dan cap ibu jari anda. Sila buat salinan kad pengenalan depan dan belakang dalam satu mukasurat bersama cap ibu jari kanan dan kiri pada salinan kad pengenalan tersebut seperti video di atas. Cap ibu jari juga boleh dibuat di Public Bank. Kami juga akan sertakan borang tambahan bagi pelaburan tambahan tiga bulan berikutnya.
2. Setelah ditandatangani dan dicapjarikan, sila bawa borang-borang tersebut bersama wang pelaburan dan salinan kad pengenalan ke mana-mana cawangan public bank yang berdekatan untuk penyerahan di kaunter. Anda akan diberikan resit.
4. Setelah beberapa minggu,
a. Kami akan dapat melihat status dan balance akaun anda dalam sistem kami dan memberi anda maklumat mutakhir status dan nilai akaun anda.b. Anda akan dapat melalui pos nombor PIN anda untuk public mutual online. Jangan risau, ini semua hanya untuk kemudahan anda, sama seperti online banking. Dengan sistem ini, anda dapat membuat apa-apa transaksi yang perlu. Jika anda tidak selesa, kami akan membantu anda cara menggunakannya atau membantu anda dengan cara manual, iaitu dengan mengisi borang.c. Anda juga akan mendapat penyata/statement dari pihak Public Mutual dari masa ke semasa.d. Kami juga akan memberi anda status akaun terkini jika diminta.
Jangan takut dengan apa-apa transaksi seperti membuka akaun dan switching, insyaAllah saya bantu.


Bet365 Casino Review - Up to ₹5,000 Welcome Bonus!
ReplyDeleteThe Bet365 Casino is a high-quality online 슬롯 게임 gaming 홀덤 용어 platform and you can expect a great welcome bonus offer from 비트코인갤러리 casino. Rating: 3.4 · Review 크루즈 베컴 by Casino 뭐 먹지 룰렛 Info